BIASISWA

             Universiti Cyberjaya menawarkan beberapa pilihan bantuan kewangan untuk membantu membiayai pengajian anda. Ini termasuk anugerah bursari dan biasiswa. Terdapat juga beberapa organisasi luar seperti NGO, yayasan dan agensi kerajaan yang menyediakan bantuan tambahan jika diperlukan.


BIASISWA ASASI UOC

Biasiswa asasi ini meliputi sehingga 100% daripada yuran pengajian anda untuk program asasi, selagi pelajar mendaftar untuk program sarjana muda mereka di UOC.


BIASISWA FARMASI 

Pengecualian yuran pengajian sehingga RM21,000 untuk pelajar berpencapaian tinggi.


BIASISWA KEJURURAWATAN

Jadilah salah seorang daripada 40 pelajar pertama yang memohon untuk program Kejururawatan kami, dan terima 30% biasiswa untuk Diploma Kejururawatan atau sehingga 25% untuk Sarjana Muda Kejururawatan.


DISKAUN/ PENGECUALIAN YURAN KEMAJUAN ALUMNI SEHINGGA 30%

Semua Alumni UoC menerima biasiswa sehingga 30% daripada jumlah yuran pengajian apabila meneruskan program ijazah dari program diploma UoC.


ANUGERAH BUSARI EMAS

Pengecualian yuran pengajian sehingga 50% untuk warga emas dan OKU bagi program terpilih.

Comments

Popular Posts